Sunday 1 January 2012

oooo blk kampung.....!!!(hari petama)part 1

Assalamu'alaikum......hari pertama aku nk blk kampung.mule2 rase x best tapi bile dh sampai..best kott...
nk tau citer die.... cani...
Di dalam perjalanan,aku taye mak aku"umi ade ape kat kampung pakai baju lawa-lawa nih?"mak aku ckp"ade orang meninggal..."reaksi aku"hah?pegi lawat orang meninggal pakai baju lawa-lawa?mak aku tersenyum"kan umi dh ckp kat rumah dh tadi nk pegi kenduri rumah sedare hakeem,hakeem..."Satu keluarga glk mase dlm kete hish ape la aku ni....pastu kitorang sume tido ZzzzZzZzZZz...sampai je kat rumah makcik aku  kitorang adik beradik salam dulu pakcik n makcik aku n tros je duduk atas sofa duk termenung.Nenek n atok aku dh x de so adik beradik ayah aku cadang kalo nk blk kampung pegi rumah makcik aku kire macam berkumpul kat situ laaaa.Adik aku sambung keje kat kilang taik mata blk haihhh......Dlm 30 mnit camtu mak aku panggil suruh bersiap nk pegi kenduri"hakeem,nurul,husaini,kak ecah,abang hanis, cepat jom pegi kenduri masok kete."time kitorang plak"h,n,h,k,a:OK UMI!!!!!
mase nk cari parking punye la susa jln sempit plak tu,kampung la kate kan,tapi nasib baek jumpe parking Alhamdulillah.Fulamak makanan die hushhh sedap kot.terutama nye AYAM die my favourite... sedap ......
Pastu kitorang ziarah rumah abang atok aku name nye orang panggil 'ATOK IDI' x tau la nape name nye camtu   orang banjar la kata kan...atok tu cite huishhhhh...... Die cite  die kene thn dgn polis sbb langgar lampu merah.Atok tu marah polis tu blk atok tu ckp"kalo aku langgar lampu merah tu bengkok la tiang tu, rosak la kete aku nih,ambulans datang sini, ape punye polis daaa....."pastu atok tu tros masok kete blk rumah die.Hahahhahaha aku dgr cite tu tegelak2 aku.Pastu kitorang ziarah rumah Nenek Acik.Adik nenek aku.mase aku nk duduk kat sofa lps dh slm sume sedare mare,aku jumpe botol susu  n bdk punye botol tu.aku dpt idea saje nk main2 ngan bdk tu knl pun x bdk malu2 nk amik.Aku saje buat2 minum susu tu bdk tu senyum je....mase nk blk tu baru la die amik blk sbb bapak die suruh.Comel kott budak tuu..pastu kitorang blk ke rumah makcik aku semula kitorang sue mand2 dulu abg,kakak,bapak,mak,adik laki sume tido tinggal aku n adik pompuan aku. Aku tmn adik aku tgk TV Astro ceria,aku lyn je laaa pastu tibe rezki dtg makcik aku kasi duit kat aku. Ak dh plk ade ape kasi duit plak ni.tibe2 makcik aku ckp dpt 3A kan 3 puluh ringgit je laa.baru dpt keputusan la kata kan.aku unn happy la jugak.tibe2 happy aku betambah ble kakak sedare aku dtg kasi lagi duit kali ni kakak sedare aku just senyum.Aku pun senyum la blk :)
 bersambung pade part yg kedua.......:D

Friday 16 December 2011

Potong KUku???!!!

Assalamu'alaikum............ ni pagi tadi aku & kwn bertelingkah pasal cane potong kuku dgn btol so ni aku nk kongsi care die.....
Korang tau x potong kuku ni ade care die,ade hari yg dsunnatkan potong kuku & adab nye...
Haaa..... kalau korang x tau,ni nk bagitau ni....:
1. Baca Doa Ketika Memotong Kuku
2. Cara Potong Kuku Tangan (*Mengikut cara yang diajar oleh Syeikh Baijuri)
Dimulai dari jari telunjuk tangan kanan, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking, berikutnya barulah ibu jari tangan kanan.
Kemudian seterusnya, dimulai dari kelingking tangan kiri, jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan akhirnya ibu jari tangan kiri.
Sila lihat ilustrasi seperti dibawah untuk lebih jelas ;
3. Cara Potong Kuku Kaki (* Mengikut cara yang diajar oleh Ibnu Rif’ah)
Dimulai dari kelingking kaki kanan dan seterusnya mengikut tertib jari sehinggalah kelingking kaki kiri yang terakhirnya.
Sila lihat ilustrasi seperti dibawah untuk lebih jelas ;
4. Hari-hari Yang Disunatkan Memotong Kuku
Terdapat dalam sebuah hadith Nabi SAW bermaksud ;
“Barangsiapa memotong kuku atau mengerat kuku pada ;
SABTU –> Mempusakai penyakit akilah (yang disebabkan banyak makan)
AHAD –> Hilang berkat
ISNIN –> Mempusakai alim fadhil (berilmu dan mempunyai kelebihan)
SELASA –> Mempusakai kebinasaan
RABU –> Mempusakai jahat perangai
KHAMIS –> Mempusakai kaya
JUMAAT –> Mempusakai ilmu dan lemah lembut. ”

Cara ni ikut imam nawawi kalau korang nk ikut silekan kalo xnk rugi lah......
Hrp dpt bantu korang........

Thursday 15 December 2011

Balasan meninggalkan solat anda!ape die blsnnye????

Assalamu'alaikum.............kpd para pembace.......sihat semua yeee.........hari ni ade pengsian yg baru so jom
kite hayatinye & laksanakannye JOM!!
korang penah x tinggalkan solat samada sengaja atapun x sengaja?mesti kebanyakanknnye ye,dan ade yg x.
hmm... okkalau yg x tinggalkan solat tu bagus.... ape yg perlu kite ckp.... ALHAMDULILLAH..................
Bagi yg x marilah kite hayati kisah ini.....
Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Haaaaaa....... dh dgr tu dh....ape lagi jom kite muhasabah diri kite jom kite laksanakannye....

Monday 12 December 2011

Tahukah anda?

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.


3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan


4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.


5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.


6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.


7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.


9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.


10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.


11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.


12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Thursday 8 December 2011

SEDARLAH WAHAI CUCU ADAM & HAWA~~~~~

DUNIA SUDAH AKHIR ZAMAN.. ALLAHHUAKBAR


Pertubuhan Melayu MURTAD telah DILULUSKAN!!


persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH


ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...


Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!


Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.


Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:


1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi yahudi, maka jadi yahudilah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.


2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada'kan.


3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.


4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.


5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.


6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.


7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar


8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.


9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.


10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.


11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.


12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim


Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.


Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)


Allahua`ala `alam.


**SAPA YANG BACA ARTIKeL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD...

Wednesday 7 December 2011

Al-kisah~

Assalamu'alaikum pada sume pembaca.......salam 1 malaysia.....salam satu agama. 

Aku ade 1 kisah yg nk dikongsi kan yg terjadi kpd aku...
Kisah seorang budak yg masih kecil , Keluarganye skrg kucar kacir , umurnye baru berdarjah 2 dibela oleh nenek n atoknye . atok n nenek nye tinggal bersama anak nye yg keberapa tah . Anaknye ini ade 5 orang anak,sume kecik2 lagi . 2 orang anak nye yg 1 n 2 nakal , nakal sungguh . Dua budak ni slalu buli si budak yg malang nasibnye ini , sehingga kan bergaduh , bertumbuk-tumbukkan , sepak-menyepak ,tampar-menampar.

Satu hari budak2 ni masok tahfiz ngan aku,so aku tau la sume citer2 diorang.
pada mula nye aku rapat ngan diorang , pastu aku dh tau perangai diorang,aku cube nasihat sedikit demi sedikit.So , 2 budak ni pulaukan  budak yg mlg ni , sume bende yg 2 budak ni dpt sume x dikongsi dgn budak mlg ni . 2 budak ni brani cakap sesuatu yg mungkin buat korang sume tekejut, 2 budak ni ckp "KAU BLA LA DARI RUMAH KITORANG,PEGI KLUAR SANA,PEGI THAILAND KE SINGAPORE".

Jadi budak malang ni ckp"Ok  tapi nanti .....(nama x leh bagitau) kluar dari rumah pegi jauh-jauh,korang berdosa". dgn nada yg sedih budak mlg ni ckp. Jadi aku n kwn2 cube pelbagai cara untuk ubah budak2 ni. Ade yg menasihatkan diorang , ade yg x lyn budak 2 org tu.

DOAKANLAH BUDAK YANG MALANG ITU , DAN DOAKAN LAH SUPAYA 2 BUDAK TU BERUBAH DN X BERKEKALAN SAMPAI BESAR....~

Tuesday 6 December 2011

Istimewanye...... JUMAAT......~

  1. Orang muslim tidak akn meninggal pada hari jumaat @pada mlm jumaat kecuali ade org yg menfitnahnye
  2. Nabi S.A.W. bersabda :"Barangsiapa yang dapat menunaikan sembahyang jumaat maka baginya disisi Allah s.w.t.pahala 100 orang yang mati syahid.Dan barangsiapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat,maka Allah s.w.t. akan mengecap hatinya.Maka, jgnlah kite sesekali meninggalkan solat jumaat,KECUALI darurat,seperti,sakit yg hingga x boleh bgn daripada baring,hujan yg sangat lebat.
  3. Sabda Nabi s.a.w. “Banyakkanlah berselawat ke atasku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.Amalkan lah selawat keatas nabi insyallah akn dibantu di hri akhirat.
  4. Ibn Masud berkata “Mereka yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.INSYALLAH,
  5. Hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu..
Jadi marilah kite same-same melaksanakannye insyallah....